the blogging syed shahir

August 31, 2009

Penjawat awam ‘miskin’ dibantu

Filed under: Current Affairs

syed shahir

Oleh Sazarina Shahrim (Berita Harian)


Cuepacs mahu gajib bawah RM3,000 dikategori golongan daif di bandar

KUALA LUMPUR: Kira-kira 600,000 kakitangan awam berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dijangka bakal menerima bantuan kerajaan untuk menambah pendapatan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata mereka yang merangkumi 45 peratus daripada 1.2 kakitangan awam itu yang kebanyakannya bekerja di bandar, memang tertekan dengan kos sara hidup tinggi sehingga ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Beliau yakin dengan kepemimpinan kerajaan kini dapat membasmi segera kemiskinan, terutama di bandar.

“Kita juga berharap pemberian RM100 juta dalam bentuk saham amanah percuma kepada rakyat miskin di bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi kakitangan awam.

“Kakitangan awam yang mempunyai gaji bawah RM3,000 tiada simpanan masa depan dan ini memberi kesan kepada mereka selepas bersara,” katanya.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://syedshahir.blogsome.com/2009/08/31/penjawat-awam-miskin-dibantu/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Parti Keadilan Rakyat - Pembangkang with attitude! | Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here