Hansard Parlimen 10 November 2008
Isu: ValueCap
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk turut sama membahaskan bagi maksud B.10 dan B.12 butiran 010000 Kumpulan-kumpulan Wang Simpanan dan 03000 Perkhidmatan Sistem dan Kawalan.
Yang saya akan sentuh Tuan Pengerusi adalah soal mengenai kumpulan wang simpanan walaupun tiada dalam spesifik butiran KWSP ini tapi saya tertarik dengan apa yang tersiar dalam surat khabar di negeri Sabah pada malam semalam iaitu bertarikh pada 9 November 2008 hari Ahad semalam.
Ini berkenaan dengan sistem pengurusan EPF sekarang yang mana dikatakan telah dianggap sebagai ATM kepada kerajaan. ATM kepada kerajaan, bank. Jadi komen-komen dan respons daripada beberapa penulis ini yang ketara tidak bersetuju dengan urusan EPF itu untuk meminjamkan RM5 bilion kepada ValueCap. Yang tidak puas hati Tuan Pengerusi adalah pencarum-pencarumnya lebih kurang 500 pekerja yang mencarum. Ini telah di bantah oleh MTUC dan beberapa orang yang berkenaan.
Menyentuh dengan bailout berjumlah RM5 bilion kepada ValueCap. Ini saya rasa harus diperjelaskan oleh kerajaan. Yang Berhormat Menteri harus memberi penjelasan kepada rakyat jelata kita. Ini kita tidak mahu rakyat kita tersentuh dengan apa-apa tindakan. Ini mesti diperjelaskan, saya ulangi.
Berkenaan dengan public scrutiny dengan syarikat ValueCap ini tidak sama sekali kita tahu siapa orang yang belakang ValueCap ini. ini menjadi satu persoalan kepada pencarum-pencarum. Adakah bailout plan ini betul-betul memberi hasil kepada pencarum-pencarum? Jadi ini saya rasa perlu kita perjelaskan kerana tidak ada gerenti bahawa RM5 bilion itu akan memberi
pulangan yang baik kepada pencarum-pencarum.

