Hansard Parlimen 10 November 2008
Isu: ValueCap
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ada masa saya entertain sekarang tiada masa. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memberi keterangan kenapa pengumuman mengenai RM5 bilion tambahan untuk diberikan kepada ValueCap daripada EPF dibuat secara tergesa-gesa tanpa apa-apa accountability dan ketulusan dan tanpa mendapat persetujuan daripada khasnya pencarum-pencarum all the EPF contributors, dua juta orang contributors yang nampaknya mereka tidak bersetuju.
MTUC sudah buat satu pendirian bahawa mereka bantah. Bukankah kedudukan MTUC amat penting oleh kerana mereka mewakili pekerja-pekerja bukan seperti Ahli Parlimen di sini yang mewakili diri sendiri saja. Saya berharap bahawa ValueCap, apabila ValueCap ada diumumkan 2003 ada diumumkan RM10 bilion, Yang Berhormat masa itu penasihat atau advisor
kepada bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir. Maka itulah RM10 billion all the money are in, all the money in mana tidak ada in. Nampaknya ini another David Cooperfield. Money in tetapi 5 sen, separuh saja. Kedua, kenapa kita tidak ada satu laporan yang terperinci mengenai prestasi ValueCap dalam lima tahun ini sehingga kita tidak tahu apa yang berlaku. Sangat gelap dalam ini. Inilah satu perkara yang sangat penting.
Ketiga, bukankah Yang Berhormat setuju bahawa apa yang penting ialah confidence. Confidence bukan daripada segi ekonomi saja tetapi sistem governance. Sistem governance supaya semua pelabur-pelabur yang berminat dalam Malaysia ada rasa yakin untuk datang melabur dan apa yang berlaku semalam sebagai contohnya di mana Ahli Parlimen PJ Utara, dua
orang ADUN dan 23 orang ditangkap oleh kerana candlelight vigil Ini tidak akan memberi confidence kepada pelabur-pelabur khasnya apabila Selangor CPO bercakap bohong. Berkata bahawa mereka ditangkap. Bukan nafikan bahawa mereka ditangkap apabila National anthem dimainkan. Sebenarnya adalah video-video yang menunjukkan mereka ditangkap semasa
National anthem dimainkan.
Kalau pegawai-pegawai tinggi kerajaan boleh bercakap bohong seperti itu, apa confidence pelabur-pelabur ada dalam Malaysia ini. Mengenai perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan analisa ekonomi, saya mahu timbulkan satu perkara. Dalam dua tiga hari ini satu perkara, isu besar di Sabah iaitu mengenai lawatan ICAC Hong Kong. Bukan untuk mengajar ACA bagaimana mengadakan rang undang-undang yang baik tetapi untuk siasat satu kes money laundry di mana seorang yang terkemuka iaitu Michael Chia ditangkap di Hong Kong International Airport pada 14 Ogos dan RM16 juta ada dirampas.

