the blogging syed shahir

May 8, 2008

Kerajaan wajar pertimbang tuntutan gaji minimum MTUC - Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa agar melihat secara serius tuntutan gaji minimum yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu himpunan di hadapan Parlimen semalam.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam respon awalnya berkata, pihak berkuasa tidak boleh menghalang kelompok MTUC ini dari menyuarakan tuntutan mereka di Parlimen.

ImageIni kerana Parlimen adalah tempat dimana dewan tertinggi yang membincangkan semua hal mengenia polisi negara yang membabitkan kepentingan seluruh rakyat, katanya semasa ditemui di Parlimen bagi mengulas himpunan yang diadakan kira-kira 200 anggota MTUC di hadapan Parlimen semalam.

“Tuntutan MTUC wajar untuk dipertimbangkan dalam keadaan kos sara hidup meningkat.

“mereka tuntut gaji minima.Tak wajar kini ada orang yang bekerja Imagedalam sektor-sektor yang mempunyai saiz yang besar tiba-tiba mereka diberi gaji rendah bawah RM900

“Dan dalam masa sama pelabur-pelabur yang besar ini mengaut keuntungan hasil dari menggunakan tenaga kerja yang murah di kalangan pekerja tempatan,” kata Mahfuz.

Dalam keadaan mereka meraih untung besar itu, kelompok pekerja pula berhadapan dengan beban hidup yang meningkat yang terpaksa ditanggung, kata Mahfuz.

“Tak wajar bila kerajaan nak menyekat golongan ini dari mendapat Imagepembelaan sewajarnya di Dewan Rakyat yang akan disuarakan samada melalui kerajaan mahupun pembangkang, ” katanya.

Sementara itu Presiden MTUC, Syed Shahir Syed MOhamood yang mengulas mengenai memorandum tuntutan badan itu yang diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz Nazri berkata, menteri itu berjanji akan memberikan memorandum terbabit kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet lain.

Memorandum serupa diserahkan kepada semua ahli Parlimen baik kerajaan mahu pun pembangkang, ujarnya.

Menurut Syed Shahir lagi, kandungan memorandum tersebut sama dengan yang diberikan kepada Perdana Menteri pada 18 Jun lalu.

Katanya, memorandum kedua itu dihantar kerana pihaknya tidak mendapat respons positif dari kerajaan mengenai tuntutan tersebut.

Menurut Syed Shahir di kalangan negara-negara Asean hanya Malaysia yang tidak mengamalkan pembayaran gaji minima.

Hujah bahawa pelaksanaan pembayaran gaji minima dan Cola akan menyebabkan kenaikan harga barangan adalah hujah yang dangkal, katanya.

Sedangkan katanya dalam hal ini bukan kerajaan yang membayar gaji sebaliknya majikan.

Menurutnya, ketika ini kira-kira 1.67 juta pekerja mendapat pendapatan bulanan kurang daripada RM700 sebulan (lebih rendah daripada paras kemiskinan iaitu RM900).

“Sama ada kami (MTUC) akan buat lagi atau tidak perhimpunan aman yang sama, ia bergantung kepada respons kerajaan. Ini bukan hobi tetapi merupakan satu tanggungjawab.

“Ini bukan mencari kepentingan politik tetapi satu komitmen kepada kaum pekerja di negara ini,” katanya lagi.

Kandungan memorandum tersebut turut membantah pindaan akta perhubungan dan akta kesatuan sekerja yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja.

6 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://syedshahir.blogsome.com/2008/05/08/kerajaan-wajar-pertimbang-tuntutan-gaji-minimum-mtuc-mahfuz/trackback/

  1. Memang saya bersetuju dengan cadangan MTUC.Saya sendiri telah bekerja selama 5 tahun di syarikat swasta bermula dari RM550/sebulan dan kini hanya RM800 sebulan.Saya mempunyai tangunggan 2 anak kecil yang sedang dialam persekolahan.Dengan gaji RM800, anak 2 pun saya masih kurang kemampuan untuk menyara hidup.Terpaksa meminjam duit sana sini. Saya cadangkan agar kerajaan mengeluarkan satu akta kepada setiap majikan supaya mengaji pekerja setimpal dengan kenaikkan harga barang sekarang. Dulu beli beras 10kg satu kampit.sekarang terpaksa beli timbang kilo sahaja.bukan hanya beras naik harga makanan lain pun naik harga. Gaji RM800 nak beli lauk ayam pun tak larat.Terpaksa beli sayur dan telur sahaja.Anak2 pun makan nasi goreng bawang sahaja.

    Comment by liza — May 8, 2008 @ 3:41 pm

  2. Sebagai kerajaan yang harus bertimbang rasa terhadap rakyatnya. Perkara ini tidak seharusnya di tangguhkan lagi. Semua pekerja sebegini telah susah sedemikian lama dan telah bertahan begitu lama, golongan mereka ini bukannya robot. Itulah yang mengakibatkan begitu banyak masaalahnya yang timbul terlibatnya pengambilan pekerja-pekerja asing ke negara kita sampai begitu banyaknya rakyat Malaysia yang menganggur dan menjadi peniaga kecil yang tidak mempunyai pembiayaan langsung dari institusi kewangan sampai mereka ini pergi meminjam wang darpada pihak Ah-Long.
    Semua harga barangan dan keperluan harian inflasi melampung tinggi. Rakyat telah tidak tentu arah dan menghadapi tekanan stress masaalah kewangan yang tinggi telah menjadikan lagi satu penyakit social masyarakat. Kes-kes bunuh diri, kes menyamun, kes pengedaran dadah, kes penceraian, kes menyalah gunakan dadah, kes rasuah, kes abuse, keganasan dan merosakan harta benda kerajaan untuk mengeluarkan anger mereka.
    Itulah sebabnya criminal rates di Malaysia semakin naik hari demi hari.
    Bukankah kerajaan seharusnya melihat dari aspek-aspek atau unsur-unsur sebegini???
    Apakah masaalah yang akan menyumbang tekanan mental yang tertinggi kepada masyarakat? Tentulah masaalah kewangan yang di categorikan tertinggi.
    Semua orang hanya mempunyai waktu 24jam untuk sehari, selain daripada waktu bekerja jam 8.30pagi hingga 6 petang dan tidur makan, manakah kami ada masa berlebihan untuk mendapatkan pendapatan sambilan? Selain daripada cari jalan yang pintas seperti jenayah dan rasuah. Ini bukan kerana mereka inin tamak tetapi oleh tekanan kewangan. Walaupun pihak bank akan menyumbang wang pinjaman, takkan tak perlu di bayar balik pula?
    Sebulat suara dari kami, kerajaan mesti mengambil response dan memberi jawapan yang realistic kepada kami dan tidak diabaikan lagi. Masa sudah tiba! Jangan di tangguhkan lagi demi rakyat.

    Comment by lovemalaysiaforever — May 8, 2008 @ 5:37 pm

  3. selain daripada meminta untuk gaji minima, saya sarankan MTUC mengesyorkan kepada kerajaan ataupun PR menimbang supaya memberi kupon diskaun kepada pekerja2 yang mempunyai gaji yang kurang ataupun tanggungan yang ramai.
    kupon-kupon diskaun ini membolehkan golongan yang tidak berkemampuan ini membeli barang2 keperluan asas pada harga yang lebih rendah seperti beras, minyak masak, gula, dan barang2 keperluan lain. Ini setidak2nya merupakan penyelesaian segera yang boleh dilakukan untuk pihak kerajaan tanpa perlu berunding dengan majikan. Dan kerajaan boleh menampung sebahagian daripada kos subsidi ini daripada cukai yang dikenakan kepada industri yang berkaitan. Subsidi yang dikenakan adalah lebih selektif dan seharusnya terhad agar subsidi tersebut tidak disalahgunakan sebagaimana yang berlaku pada penyalahgunaan subsidi diesel oleh para nelayan.

    Comment by ikram — May 8, 2008 @ 8:28 pm

  4. Saya ingin mencadangkan para menteri yang begitu angkuh dan amat tidak berperikemanusiaan dari Umno/BN hidup dengan gaji $500 sebulan! Dan jangan menyalahkan anak-anak yang drop out atau tak dapat 9A dalam SPM; makanan berzat pun tak dapat macam anak-anak orang kaya seperti yang dialami Liza di atas! Tapi biasiswa contohnya biasiswa JPA yang baru diumumkan hanya untuk yang dapat 9A dan yang tinggi sedangkan ramai dari mereka anak orang kaya yang mampu makan makanan berzat, bukan hanya nasi goreng bawang! (Sedangkan tujuan asal biasiswa dan asrama penuh untuk anak-anak orang miskin yang harus ambil panadangan kemungkinan pelajaran annak-anak orang miskin tak sepintar anak-anak orang kaya sebab persekitaran termasuk tak dapat makanan berzat yang mat perlu untuk pembesaran otak dan suasana rumah yang selesa untuk belajar dan cukup kemudahan asas seperti air dan api). Di samping mampu dapat pergi tuition yang mahal-mahal. patutlah otak anak-anak mereka mampu pintar belaka; di bandingkan anak-anak yang tak dapat makanan berzat dan hidup dalam flat dua bilik yang begitu sempit macam kotak (akibat ketamakan developer!). Bila dah tekanan macam ini, anak-anak muda ni mulalah menyimpang, cari dadah, merompak, jadi Mat Rempit, pelacur dan macam-macam lagilah. Tapi menteri-menteri bongkak itu tentulah tak peduli; bukan anak mereka! Anak-anak mereka tiap-tiap hari dapat minum susu segar, daging dan ayam, sayur-sayur segar, makanan-makanan laut yang begitu mahal sekarang, vitamin-vitamin yang mahal-mahal, rumah pun ada bilik sendiri, tuition yang mahal-mahal, pergi bercuti termasuk ke London dan sebagainya untuk hilangkan tekanan, dan macam-macam lagilah! Inilah menteri-menteri yang hilang perasaan kemanusiaan dan begitu buta pada penderitaan rakyat bahkan melakukan penganiayaan; tetapi inikah yang dilaungkan “Islam Hadhari”?!

    Noor Aza Othman.

    Comment by Noor Aza Othman — May 8, 2008 @ 10:03 pm

  5. Bersabar!Belanja berhemat!Jangan membazir!
    Bila timbul sahaja isu memohon kenaikan gaji suara-suara inilah yang akan dilaungkan.Masalahnya kami pekerja-pekerja yang bergaji rendah ini bukannya tidak bersabar jauh sekali membazir.Malah untuk sekadar hidup sahaja juga sudah membebankan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar terutamanya di bandar-bandar besar.Saya sendiri salah seorang kerani di sektor perbankkan sudah hampir 3 tahun berjuang memohon kenaikkan gaji melalui kesatuan sekerja iaitu NUBE.Malangnya tuntutan kami itu terus berlarutan entah sampai bila.Bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab,tinjau-tinjaulah keadaan ekonomi kami di bawah.Hari berganti hari,bulan berganti bulan,hidup mesti diteruskan setiap hari.Bukanya kami minta untuk gaji setara pegawai-pegawai atasan,cukuplah sekadar dapat menangung kehidupan yang semakin mencabar ini.Kami juga ingin melihat anak-anak kami mendapat pendidikan yang sempurna dan kami juga ingin memberi anak-anak kami makanan yang berzat.Dan terkadang saya merasa pelik,bagaimana seorang pemimpin atau ketua yang kita pilih sendiri mampu tidur lena dan menikmati makanan yang lazat-lazat sedangkan orang bawahannya sekadar cukup-cukup makan.Apa yag kami mampu buat hanyalah…
    BERSABAR & JANGAN MEMBAZIR????

    Comment by Mohd Firdaus Jamal — May 8, 2008 @ 11:32 pm

  6. LAGI TENTANG KUPON DISKAUN(atau subsidi)

    Antara alasan kerajaan untuk tidak menerima gaji minima adalah disebabkan kerisauan akan wujudnya inflasi disebabkan naiknya ‘purchasing power’ (walaupun cukup-cukup makan sahaja).

    Kupon-kupon subsidi menjamin bahawa hak-hak rakyat untuk mendapat kualiti hidup yang asas (bukannya kualiti hidup sebagai hamba) dipenuhi. Peniaga-peniaga masih perlu membeli bahan-bahan pada harga pasaran. Dan tidak timbul persoalan kenaikan ‘demand’ yang mendorong inflasi kerana pembelian yang bersaskan subsidi ini adalah pada tahap terkawal.

    Dan tidak akan timbul juga persoalan bahan-bahan yang disubsidi ini diseludup kerana jumlah barang yang disubsidi adalah tetap/ ‘restricted’. Dan tidak timbul isu kerajaan tidak boleh menampung subsidi kerana peruntukan ini boleh diperolehi daripada cuaki yang dikenakan kepada majikan/ industri.

    Kerajaan hanya perlu manjalankan kajian demograhic peratusan rakyat malaysia yang memerlukan subsidi dan cukai tersebut dikenakan kepada industri yang berkaitan dengan sekadarnya. Contohnya, jika 30% daripada mereka yang memerlukan subsidi datangnya daripada yang bekerja daripada sektor perladangan, maka cukai terhadap industri perladangan perlulah dirangka agar dapat mengisi peruntukan terbabit. Begitulah juga yang perlu dilakukan untuk mereka yang bekerja pada sektor yang lain.

    Yang penting kerajaan harus menjalankan kerja yang lebeih gigih. Menubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji dan memastikan mereka yang tidak berkemampuan menerima bantuan yang selayaknya.

    Comment by ikram — May 9, 2008 @ 5:30 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Parti Keadilan Rakyat - Pembangkang with attitude! | Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here