the blogging syed shahir

February 13, 2008

RapidKL pecat 10 pemandu dalang mogok

Oleh Utusan Malaysia

Jumaat, 08 Februari 2008

Kuala Lumpur: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) mengambil tindakan tegas dengan memecat 10 pemandu bas syarikat itu yang didakwa menjadi dalang mogok di depoh syarikat itu di Shah Alam, Ahad lepas.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL (Bahagian Bas), Mohd. Ali Mohd. Nor berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati dalang punca mogok tersebut dilakukan oleh 10 pemandu bas syarikat berkenaan.

“Mereka yang terbabit itu telah dibuang kerja kerana telah menghalang pemandu lain daripada bekerja pada Ahad lepas dan menghasut rakan-rakannya untuk turut sama mogok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan RapidKL untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu bas syarikat berkenaan yang melancarkan mogok tersebut.

Kesemua 200 pemandu terbabit berkumpul secara aman di hadapan pejabat pengurusan syarikat itu kerana tidak berpuas hati mengenai soal gaji dan pembayaran bonus.

Mogok itu telah melumpuhkan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya lebih tiga jam.

5 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://syedshahir.blogsome.com/2008/02/13/rapidkl-pecat-10-pemandu-dalang-mogok/trackback/

  1. Harap MTUC dapat membela nasib mereka segera

    Comment by izam — February 18, 2008 @ 6:48 pm

  2. Di harap ada pembelaan yg berterusan dari MTUC..
    Kelak kita semua tidak takot akan ugutan majikan terhadap pekerja..Di tindas dan Di tindas..Kami sokong pekerja rapid KL

    Comment by Jai — February 19, 2008 @ 9:52 am

  3. Berita buruk yang diterima pengundi berketurunan India di Parlimen Kota Raja sudah mula menampakkan kesan negatif . Harapan mereka untuk melihat seorang wakil India di parlimen menggantikan Vigneswaran musnah gara-gara PENGKHIANATAN PAS disaat akhir. Persoalan kenapakah pengundi diberitahu sejak dari awal bahawa kedua DUN dan Parlimen akan ditandingi oleh calon dari Parti Keadilan masih tidak berjawab ??

    Pengkhianatan PAS tidak harus dirahsiakan dari pengundi berketurunan India. Gelombang sms makkal Sakthi sudah bermula. Sokongan pengundi India kepada PAS seluruh Malaysia akan terjejas. Masyarakat India tidak boleh diperlekehkan lagi !!

    Comment by jaya_klang — February 20, 2008 @ 12:25 pm

  4. Welcome to Pandan. We are honored that MTUC president is contesting here. There are a lot of ‘makan gaji’ workers here. Make your rounds in the wee morning and you can catch a lot of people waiting for bus hoping to have efficient bus service. You can also catch them at LRT stations. Please work with DAP to get Chinese votes. Hope to see more update in your blog.

    Comment by TT — February 27, 2008 @ 11:58 am

  5. berita pembuangan pemandu repid kl adalah satu penipuan oleh pehak media sedangkan tiada satu pun pembuangan pekerja didalam repid kl sehingga hari ini…….punca punca berlakunya perhimpunan (bukan mogok) adalah kerana pihak syarikat memotong gaji pekerja tanpa kebenaran pekerja sebab sebab pemotongan gaji adalah kerana duit kutipan tabung bas tidak cukup apabila diserahkan oleh pemandu kepada pihak security yang dibayar(swasta)….sedangkan pemandu tidak dibenarkan memegang,menyerah dan megira duit kutipan yang dimasukan kedalam tabung sedia ada dalam bas oleh penumpang…..setelah pengiraan dibuat dan duit tidak seimbang dengan penjualan tiket so gaji pemandu jadi mangsa….sehingga hari ini di dalam pay slip masih lagi dibuat pemotongan gaji kepada pemandu dan cara pemotongan dsitulis dengan perkataan sepical advance oleh pihak syarikat….isu yang kedua tiada pembuangan pemandu cuma yang ada pertuduhan menyertai mogok dan dijatuh kan hukaman gantung kerja 14 hari tanpa gaji oleh syarikat…..dengan ketidak puashati daripada yang dituduh telah berhenti kerja dan memfailkan kes ke mahkamah di bawah akta 20/(1).akta app
    dan kes tersebut telah difailkan kerana syarikat membuat pertuduhan tanpa di siasat sengan telus dan tidak di beri peluang untuk membela diri kepada pemandu tersebut…….jika di kaji tiada didalam buku akta pekerja malaysia iaitu hukuman gantung tanpa gaji 14 hari yang ada hanya hukuman gantung 14 haru bergaji penuh jika siatan tidak selelai hukaman iti boleh diubah kepada gantung kerja setengah gaji ……untuk perkara ini sila rakan rakan beri komen dan support kepada saya terima kasihhhhhh

    Comment by mat rempit — May 10, 2008 @ 11:40 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Parti Keadilan Rakyat - Pembangkang with attitude! | Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here