the blogging syed shahir

January 30, 2008

Pendaftaran Bowling 3 Februari DITUTUP

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat-peminat sukan bowling khususnya di Kelana Jaya yang setakat ini menyokong Kejohanan yang saya anjurkan sejak 2006.

Kejohanan yang konsisten ini telah menarik minat pelbagai kumpulan, pasukan dalam memeriahkan kejohanan ini.

Justeru, saya bersetuju untuk mengadakan kejohanan ini lebih kerap.

Pada tahun 2008, saya telah bersetuju untuk mengadakan pada 8 Januari yang lalu dan terdapat beberapa pasukan yang gagal menyertainya kerana kami menggunakan sistem ‘first-come-first-serve’.

Untuk tidak menghampakan kumpulan-kumpulan ini, saya sekali lagi bersetuju untuk mengadakan pada 3 Februari. Pada asalnya kejohanan ini diadakan setiap sukuan tahun.

Akibat daripada permintaan yang sungguh di luar dugaan, penyertaan ini terpaksa ditutup kerana penyertaan sudah pun penuh. Pusat bowling Ampang Bowl di USJ Summit hanya mampu untuk memberi 32 pasukan pada satu-satu masa.

Sejak daripada pengumuman 8 Januari, kami sudah menerima banyak penyertaan dan setakat minggu lalu, kami sudah pun mempunyai 32 pasukan yang layak.

Oleh yang demikian, penyertaan untuk pusingan ke2 tahun ini terpaksa ditutup.

Kami sekali lagi meminta maaf kepada semua pihak yang terpaksa ditolak kali ini.

Saya ingin mencadangkan agar pihak-pihak yang ingin menyertai Kejohanan ini untuk segera menghantar penyertaan mereka bagi mengelak sebarang kekecewaan.

January 25, 2008

Anwar Ibrahim di Kelana Jaya

Ceramah Perdana

Anwar Ibrahim (keADILan)
Manikavasagam (keADILan)
Yahya Saari (keADILan)
Syed Shahir Mohamud (keADILan)
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)

Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya
B2-G-29 Desa Mentari, Sg Way
(belakang Kontena Nasional)

Hubungi 019-2232002

http://syedshahir.blogsome.com
http://n32.blogspot.com

January 17, 2008

Presiden MTUC calon PKR Parlimen Kelana Jaya?

Oleh Wartawan KLpos.com

FotoKL: Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dijangka akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya akan datang. Sumber memberitahu KLpos.com bahawa orang kuat kesatuan pekerja itu akan bertanding di Parlimen Kelana Jaya, tempat di mana beliau juga merupakan Ketua Bahagian PKR.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihanraya PKR Azmin Ali akan merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kelana Jaya bersama Syed Shahir esok. Syed Shahir pernah bertanding dalam pilihanraya umum 2004 tetapi tewas.

Dalam pada itu, Azmin yakin PKR mendapat lonjokan sokongan baru daripada akar umbi.

Menulis di blog peribadinya, kata Azmin, program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampong Rinching Hulu, Semenyih baru-baru ini mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum.

“Ribuan orang Melayu, India dan Tionghua berpusu pusu ke tapak ceramah untuk mendengar penjelasan dari pimpinan keADILan berhubung isu-isu semasa dan juga dasar kepeduliaan rakyat yang dibawa oleh PKR.” kata Azmin.

Menurut beliau, Anwar mengupas panjang isu ekonomi termasuk harga petrol dan barangan keperluan yang semakin tinggi, masalah pendidikan, jenayah dan sosial serta dasar PKR untuk meningkatkan dan menjamin hubungan di antara kaum dan agama dalam negara kita semakin mantap.

Bapa mentua YB hulu Langat serah tanah buat Markaz

“Tuan rumah, Cikgu Dolah menyerahkan tanahnya seluas 1 ekar untuk dijadikan markaz dan pusat khidmat masyarakat untuk Parlimen Hulu Langat. Beliau juga adalah bapa mertua kepada Ahli Parlimen ( UMNO ) Hulu Langat, YB Markiman Kobiran yang rumahnya terletak bersebelahan dengan tapak ceramah Dato’ Seri Anwar,” kata beliau.

Sementara itu, hari ini, Anwar akan melakukan lawatan kerja di Melaka dan akan berceramah di Markaz PAS Pantai Kundur. Anwar kerap turun padang untuk memperkemas jentera pilihanraya PKR sejak akhir-akhir ini.

January 15, 2008

Keputusan Persidangan Delegasi MTUC 2007

Presiden

1 Syed Shahir Syed Mohamud (NUTEAIW)* 278

2 Mohamed Shafie BP Mammal (NUTE) 235

Timb. Presiden

1 Mohd Khalid Hj Atan (TEU) 301

2 P. Maniam (EIWU)* 214

Setiausaha Agung

1 Abdullah Sani Abdul Hamid (CLUB)* 255

2 G. Rajasegaran 259

Timb. Setiausaha Agung

1 Abdul Halim Mansor (NUPCIW) 262

2 J. Solomon (NUBE)* 253

Setiausaha Kewangan

1 Samuel Devadasan (MTSU) Menang tanpa bertanding

Timb Setiausaha Kewangan

1 Jimmy Tong Yee Shen (AMCO) 280

2 Ng Choo Seong (ABOM) *222

Naib Presiden (Sektor Swasta)

1 W.N. Naim Shukri Mohamad (TNB) 296

2 Nordin Ahmad (Proton)* 260

3 S. Nadarajan (NUDIW)* 220

4 Robert Vijandran (RWEU) 219

5 Mustafa Maarof (MASEU) 299

6 Jey Kumar (AMESU) 243

7 Abd Razak Abd Hamid (Penang Textile)* 247

8 Balasubramaniam (UNEPASS) 265

9 C. Paramasivam (NUCW)* 214

10 Mohd Roszeli Majid (TNBJOU)* 234

Naib Presiden (Sektor Badan Berkanun)

1 Mohd Noor Abdullah (SOCSO)* 282

2 Zainal Ismail (LAP) 291

3 Hj Indera Putra Ismail (FELDA) 284

4 K. Vinothan (UMGSU)* 217

5 Siti bt Hj Mahfudz (KPHU) 242

6 S. Ravindran (PMSU)* 201

Naib Presiden (Sektor Awam)

Anuar Ibrahim (NUTP)* Menang tanpa bertanding

Kang Bee Leng (AUEGCAS)* Menang tanpa bertanding

Maimunah Ahmad* Menang tanpa bertanding

Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya

Nama Program: Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya

Tarikh : 18 Januari 2008 (Jumaat)

Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Kaya

B2-G-29 Blok 2, Desa Mentari

Sungai Way, Petaling Jaya

Masa : 8.30 malam

Penceramah : YBhg Sdr Azmin Ali (Naib Presiden keADILan)

Tuan Syed Shahir Mohamud (Ketua Bahagian keADILan Kelana Jaya)

YBhg Sdr Roslan Shahir (YDP PAS Kawasan Kelana Jaya)

Aktiviti:

Semakan pemilih SPR
Pendaftar sukarelawan kempen pilihanraya
Kaunter keahlian PAS & KeADILan
Jualan buku & vcd
Cenderamata Anwar Ibrahim Club
Barangan BERSIH
Pendaftaran Kejohanan Bowling Piala Syed Shahir
Pendaftaran Kejohanan Futsal Piala Tan Sri Khalid Ibrahim
Percuma: Pelekat kereta “REFORMASI UNTUK KEADILAN”

Untuk keterangan lanjut hubungi: Faisal (keADILan) 019-2232002 atau 019-2883829

http://syedshahir.blogsome.com

http://n32.blogspot.com

January 12, 2008

Permintaan Hebat: Syed Shahir Setuju Adakan Bowling Sekali Lagi

Filed under: Kelana Jaya

SUBANG JAYA: Atas permintaan hebat yang diterima oleh orang ramai untuk menyertai Kejohanan Bowling Piala Syed Shahir, kejohanan tersebut akan diadakan sekali lagi pada 3 Februari akan datang di Ampang Bowl, USJ Summit di sini.

Pada kejohanan yang 6 Januari lalu, kejohanan yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakat (keADILan) menerima penyertaan seramai 38 pasukan di mana gelanggang tersebut hanya boleh menerima 32 pasukan sahaja pada satu masa.

Justeru, Syed Shahir optimis bahawa sungguhpun kejohanan pusingan kedua ini diadakan pada jarak dekat, ia masih mampu menarik pasukan-pasukan lain.

“Kami akan utamakan pasukan-pasukan yang kami tolak di kejohanan sebelum ini,” ujar Syed Shahir.

Kejohanan Bowling Piala Syed Shahir ini pertama kali dimulakan pada tahun 2006 yang hanya sebagai aktiviti riadah di kalangan sayap Angkatan Muda KeADILan. Tetapi, oleh kerana permintaan daripada pihak-pihak luar, maka pihak penganjur membuka kepada pasukan-pasukan luar untuk menyertainya.

Menurut Jawatankuasa penganjur kejohanan, Harmoni Ghani, juara bagi kejohanan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500, trofi dan piala pusingan. Bagi pusingan yang lalu, pasukan Taming Sari Berjaya menunddukkan pasukan-pasukan yang lain dengan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 2159 pin. Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada Amir, Ijad, Awie dan Jebat.

Kampung Boys pula Berjaya mendapat tempat kedua dengan jatuhan pin sebanyak 2155 manakala Uni-Team dari Gombak mendapat 2102 pin.

Pemenang tempat kedua mendapat hadiah RM300 berserta trofi manakala tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai RM200 berserta trofi.

Bagi kategori individu pula, Amir daripada pasukan Taming Sari berjaya merebut jatuhan pin tertinggi (590 pin) dan membawa pulang RM100 bersama trofi manakala Nurin Fatin dari pasukan Ampang Bowl 2 memenangi dalam kaegori wanita.

Dalam ucapan ringkas sebelum menyampaikan hadiah, Syed Shahir mengingatkan para peserta untuk tidak leka dengan kos hidup yang semakin meningkat terutama apabila harga minyak masak yang naik serta kadar tol yang akan bertambah tidak lama lagi.

Kejohanan 6 Januari lalu dirasmikan oleh Ketua Angkatan Muda Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin.
Kejohanan seterusnya akan diadakan pada 3 Februari di The Summit USJ dan boleh berurusan terus dengan pihak penganjur melalui talian 019-2232002 atau emel bhg_kjaya@yahoo.com.

January 7, 2008

KEJOHANAN FUTSAL KELANA JAYA

Filed under: Announcement


KEJOHANAN FUTSAL ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR PIALA TAN SRI KHALID IBRAHIM

TARIKH : 2hb Mac, 2008 (AHAD)

MASA :8.30 PAGI

TEMPAT : HTO DE FUTSAL, USJ 1

ANJURAN : ANGKATAN MUDA KEADILAN KELANA JAYA

PERTANYAAN / PENGESAHAN
Sdr. AZIZI : 012-3750566
Sdr IDRIS: 016-6809910
E-MEL : bhg_kjaya@yahoo.com
FAX : 03-7980 2697

PENYERTAAN TERHAD KEPADA
32 PASUKAN SAHAJA

HADIAH-HADIAH MENARIK

Juara Keseluruhan – RM1000, Piala & Jersey
Naib Juara Keseluruhan – RM700 & Jersey
Ke-3 Kump. – RM400 & Jersey

Penjaring Terbanyak – RM100

Cabutan Bertuah – 2 HADIAH MENARIK!!

January 2, 2008

Malaysian leaders pledge to uplift standard of living of Indians

Kuala Lumpur, Jan.1 (ANI): Malaysian Works Minister Samy Vellu said his resolution for the New Year is to uplift the standard of living in the Indian community.

He said the Malaysian Indian Congress (MIC) would also continue to give priority towards development of education among Indians.

Other leaders in the country also expressed their expectations for the New Year.

Gerakan president and Penang Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said: We should always be mindful of our responsibility for mutual respect and restraint. Malaysians must continue to promote the spirit of unity through moderation and consultation, and not allow anyone to provoke feelings of animosity through extremism and confrontation.

The Star quoted PPP president and Deputy Minister in the Prime Ministers Department Datuk M. Kayveas as saying It is time to seriously consider the idea of a Bangsa Malaysia. The time has come to integrate cultures to give birth to one Malaysian people. We no longer need to be identified by our races.

Malaysian Crime Prevention Foundation vice chairman Tan Sri Lee Lam Thye said: Crime is the second biggest concern of the people and it is the wish of all Malaysians to see the authorities concerned doing more to fight and prevent crime.

DAP Chairman Karpal Singh said: Malaysians of all races must strive towards unity in a multi-racial society. The Government should also not ignore the cry of the communities and treat their problems fairly.

Malaysian Trade Union Congress (MTUC) president Syed Shahir Syed Mohamud said: It’s time for the countrys workers to make a concerted effort to challenge any form of tyranny exhibited by employers. Such oppressive measures cannot be left unchallenged as workers have the right to demand for fair treatment and protection as provided by the law. (ANI)






















Parti Keadilan Rakyat - Pembangkang with attitude! | Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here