the blogging syed shahir

September 20, 2006

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAHAGIAN KELANA JAYA PERTAMA 2006

Filed under: Kelana Jaya

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Penaja Kelana Jaya akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka yang pertama seperti berikut:

Tarikh : 23 September 2006 (Sabtu)
Masa : 12 pm
Tempat : No 25, Jalan U1/47, Seksyen U1, Temasya Industrial park, Glenmarie, Selangor (Belakang Proton Edar)

Pelaksanaan mesyuarat tersebut adalah selaras dengan Fasal 27.4 Perlembagaan parti (MATB).

Dalam majlis itu juga akan diadakan pendaftaran SPR dan pemeriksaan daftar pemilih melalui SISMEP12, sistem pemeriksaan pemilih yang dibangunkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi setiausaha di talian 019-2232002 atau emel ke bhg_kjaya@yahoo.com

Economy Forum : Budget 2007 & the Future of Malaysia Economy

Filed under: Announcement

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) will hold a Forum titled “Budget 2007 & The Future of Malaysia Economy” on the coming Friday (22 September), 8:00 pm, at Selangor Chinese Assembly Hall, 2 nd Floor, No.1,
Jalan Maharajalela, KL.

The main speaker will be Tan Sri Khalid Ibrahim, the new Treasurer General of keADILan. Tan Sri Khalid is not an unfamiliar name in Malaysian business and financial circle. He was the Group Chief Executive Officer of Kumpulan Guthrie Berhad, one of the largest firms listed on the Malaysian Stock Exchange.

Besides analyzing the Budget and its implications on Malaysian economy, Tan Sri Khalid will also provide his critiques on the New Economic Policy ( NEP). He will also elaborate the concept of New Economy Agenda (NEA), as proposed by Anwar Ibrahim, and endorsed by
the party last year.

The other distinguish speakers are the President of Malaysian Trade Union Congress, Syed Shahir and columnist economy Soon Hoh Sing .

September 2, 2006

Kongres PKR: Perbahasan bermula hari ini

Filed under: Current Affairs

Oleh Helmi Khalid

PULAU PINANG, 2 Sept (Hrkh) - Kongres Nasional Tahunan Ketiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung hari ini di Pulau Mutiara dimulakan dengan tayangan semula detik reformasi dan peristiwa penahanan penasihatnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pemilihan tarikh 2 September juga bertepatan bermulanya gerak reformasi negara selepas pemecatan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sementara pemilihan Pulau Pinang pula bertepatan dengan pelbagai kelemahan Perdana Menteri yang berasal dari negeri ini.

Terdahulu, ketibaan Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disambut Timbalannya, Dr. Syed Hussain Ali, Ketua Pemuda, Mohd. Ezam Mohd. Noor dan pimpinan lain.

Dijangkakan perbahasan hari ini dan esok akan hangat memandangkan pelbagai isu timbul mutakhir ini dan isu pertembungan Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bakal disentuh para perwakilan.

Di awal ucapan dasar Wan Azizah menegaskan kewujudan parti ini adalah mewakili kepelbagaian kaum di negara ini bagi menggantikan dasar parti perkauman yang diasaskan Barisan Nasional.

Contohnya beliau menyebut bahawa baru-baru ini, Dato’ S. Nallakarupan berjaya mendaftar 2000 orang wanita dari kaum India sebagai ahli.

“Kaum Kadazan di Sarawak juga telah beramai-ramai menyertai Keadilan,” sambungnya.

Bermula hari ini dan esok, perwakilan akan berbahas mewakili negeri masing-masing setelah kelmarin, 1 September, Angkatan Muda dan Wanita selesai berkongres.

Difahamkan, Anwar bakal bersama Kongres esok, 3 September.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, adalah antara jemputan kehormat yang hadir, termasuk Pengerusi Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir, wakil DAP dan wakil-wakil kedutaan luar.






















Parti Keadilan Rakyat - Pembangkang with attitude! | Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here