the blogging syed shahir

July 10, 2006

Saya tidak akan hadir dalam majlis Mahathir: Syed Shahir

SHAH ALAM: Kehadiran pihak-pihak tertentu untuk berbincang dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan hanya memberi kredit kepada beliau.

Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Mohamud berkata demikian ketika dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Shah Alam 9 Julai lepas.

Syed Shahir berkata, beliau menerima sekurang-kurangnya enam panggilan dan pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa pihak mengajak beliau untuk menghadiri forum bersama Tun Mahathir yang diadakan di ibukota baru-baru ini.

Memandangkan pada waktu panggilan itu dibuat, Syed Shahir berada di Switzerland untuk memenuhi beberapa jemputan daripada badan sekerja di Negara tersebut.

Syed Shahir memberitahu agar pihak-pihak yang beriya untuknya hadir untuk bersabar sehingga beliau pulang selesaikan tugas di Switzerland.

Sebaik sahaja beliau pulang, panggilan tidak henti-henti memujuk beliau untuk turut serta dalam majlis forum tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk menolak jemputan tersebut memandangkan perkara-perkara lalu yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Kalau disamak pun, najis-najis Mahathir tidak dapat mencuci kesalahannya,” ucap Syed Shahir.

Syed Shahir yang menumpaskan musuh tradisinya, Zainal Rampak selepas empat pemilihan jawatan Presiden MTUC berkata, sungguhpun Mahathir mengecam kenaikan harga bahan bakar pun, masih tidak dapat mengubah perhatian saya untuk berkompromi dengan Mahathir.

Syed Shahir yang baru melancarkan bukunya, ‘Pekerja Malaysia: Terpinggir di Bumi Kaya!’ 24 Jun lepas di salah sebuah hotel terkemuka di ibukota juga menyentuh mengenai kesan pentadbiran Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri terhadap golongan pekerja.

Dalam tulisannya, bertajuk, ‘Melayu Mana Dilindungi Mahathir’, Syed Shahir berkata Mahathir gagal untuk melindungi kepentingan orang Melayu bawahan pada umumnya.

“Mahathir juga tidak menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja dalam industri elektronik, terutama sekali kesaatuan masional (national union),” tulisnya.

Dalam ucapan yang dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Abdul Rahim Wahab, pimpinan Pas Shah Alam dan kepimpinan Angkatan Muda Pusat, beliau berkata sekiranya beliau mengambil keputusan untuk hadir juga, ia akan memberi satu tambahan markah kepada Tun (Mahathir) dan satu kekurangan markah buat saya.

Seluruh Bahagian KeADILan kini sedang sibuk mengadakan mesyuarat Agung masing-masing bagi memilih perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan Parti itu yang akan diadakan di Pulau Pinang, 1-3 September akan datang.

Syed Shahir juga merupakan Ketua Bahagian KeADILan Penaja Kelana Jaya.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://syedshahir.blogsome.com/2006/07/10/saya-tidak-akan-hadir-dalam-majlis-mahathir-syed-shahir/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Parti Keadilan Rakyat - Pembangkang with attitude! | Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here